Tuesday, November 30, 2010

PermyJaya FoodCout Miri

Permyjaya foodcourt menyediakan pelbagai makanan yang enak-enak belaka,kepada sesiapa yang ingin mencuba masakan cina silalah berkunjung ke permyjaya food court.

Permyjaya Food Courts 

Thompson Corner Kuching

Pelbagai makanan dan minuman disediakan di Thompson corner Kuching,dengan harga yang berpatutan anda boleh menikmati makanan tempatan di kedai tersebut. Tetapi kebanyakannya ialah terdiri daripada makanan orang cina di kuching seperti Kueh Chap, mee kolok, claypot mee dan bermacam-macam lagi. Kepada anda yang ingin berkunjung kesana, untuk mengetahui tempat tersebut ianya terletak di sudut tepi blok kedai di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce dan paling mudah ianya diseberang sekolah kebangsaan nanas. Selain thompson corner terdapat sebuah kedai berdekatan yang menyediakan pelbagai makanan pencuci mulut seperti rojak, cendol,ABC, dan pelbagai lagi. Berkunjunglah ketempat berkenaan kerana anda tidak akan menyesal...hehehe...

Kueh Chap


Kolok Mee

Sedap tu.....cuba jangan tak cuba kalau datang ke Kuching...

Borneo Tropical Rainforest Resort

Borneo Tropical Rainforest Resort is an agro and nature resort nestled in the natural setting of pristine and lush tropical rainforest of the Lambir Hills neighboring to the renowned Lambir Hills National Park. Located along Miri-Bintulu Road, the resort is only 30 minutes drive or 32 km from Miri Airport and 50 minutes drive 39 km from Miri city.(About us/www.borneorainforestresort.com/30.11.10)

For more information about Borneo Rainforest Resort please visit their website at


Gua Long House Bakam,Miri


Destinasi pertama untuk blog ini ialah di Gua Longhouse Bakam,Miri.Rhema Youth Ministry telah mengdakan kem selama 3 hari 2 malam di gua lognhouse dan merupakan tempat percutian yang amat menarik dengan pendedahan tentang suasana Rumah Panjang Masyarakat Iban tradisional,yang menariknya di Gua Longhouse juga anda boleh mengadakan majlis perkahwinan tradisional masyarakat iban. Tempat yang amat menarik dengan layanan  yang sangat baik dari pihak pengurusa. Kalau ada masa pergilah beructi disana....Sila tekan URL dibawah untuk melawat blog Gua Longhouse Chalet...

http://guachalet.blogspot.com/

http://www.youtube.com/watch?v=zHKqt-EsOdM (RYM CHAMP PICTURE)

HAPPY HOLIDAYS

Firman Tuhan

Firman Tuhan hari ini 30 November 2010

"Matamu adalah pelita tubuhmu. Jika matamu baik, teranglah seluruh tubuhmu, tetapi jika matamu jahat, gelaplah tubuhmu."   Luk.11:34 



Sebarang Cadangan

Sekiranya anda pernah mengunjungi tempat-tempat menarik yang terdapat disarawak bolehlah dikongsikan di blog ini dengan menghantar penyertaan anda ke robsjl@yahoo.com...

Welcome to Uma Haru Blogspot

Uma Haru(rumah panjang) blogspot ialah sebuah blog untuk kegunaan ramai pihak yang belum pernah menjejak kan kai ke Sarawak,dimana Uma Haru blogspot akan mendedahkan kampung-kampung di Luar Bandar Sarawak dimana terdapat kemudahan pelancongan yang disediakan. Selain pendedahan rumah panjang disarawak, pendedahan mengenai tempat percutian atau resort juga boleh diketahui di blogspot ini. Kepada sesiapa yang mempunyai seb arang persoalan boleh lah meninggalkan komen dibawah. Blog ini akan bermula pada Bulan Disember ini dengan pelbagai tempat percutian menarik di Sarawak yang pernah saya sendiri lawati. Saya berharap blog ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapatkan maklumat mengenai rumah panjang di sarawak. Sekian Terima Kasih